Apakah masih ada esok,
Hanya yang esa mengetahui,
Liku kehidupan berbelok belok,
tidak tahu mana nak kutujui.
Apa yang sebenarnya kucari,
Dalam dunia yang sementara,
Aku ibarat hilang haluan diri,
Tidak tahu lagi kemana menghala
Mengapa masih tidak kujumpa,
Cahaya petunjuk dari Illahi,
Apakah aku masih sombong padanya,
Kerana apa yang ku cari tidak ku temui
Dalam dunia yang dikelilingi kapitalis ini,sekularisme ini,apakah aku dapat menyusun langkah ke hadapan,bergerak ibarat jarum jam,menunjukkan angka dari kecil hingga yang terbesar. Tetapi setiap permulaan ada akhirnya. Jarum jam berputar semula sehingga menunjukkan nilai yang terkecil.
Apakah aku menyedari yang masa itu pantas berlalu? Tidak kerana aku hanyut dengan permainan duniawi yang semakin rancak. Dunia semakin sengit. Manusia saling bersaing sesama mereka. Oh maafkan ku tuhan karena aku mendustakan nikmatmu. Bawalah daku ke jalan kebenaran
Jikalau esok daku masih bernyawa,
Berilah daku hidayah dan petunjuk,
agar aku kembali bertaqwa
sebelum masaku suntuk
Hidupku ibarat hanya seekor ikan di lautan,
Ini yang ku rasa tanpa rasa cinta sesama manusia padaku,
tetapi aku mudah lupa daratan,
kerana cinta aku lupa keluargaku
Seperti wujudnya adam dan hawa
ingin benar diriku mencari hawaku sendiri
mencarinya mungkin terasa begitu jauh bagaikan ke eutophia
tetapi mungkin terasa dekat dengannya jika itu ketentuanmu illahi
Inginku menggapai rama-rama
kerana cemburukannya terbang bebas
hidup ini bukan untuk selama-lamanya
hanya padamu kuharapkan belas
Dunia bagaikan diselubungi asap hitam
apabila si kapitalis penyembah syaitan beraksi
janganlah gelapkan hatiku seperti malam
kerana aku ingin mencari kebenaran yang hakiki
Untung terasa diri ini
dapat bernafas lagi seperti semalam
semoga aku mengerti
nikmatmu ibarat bulan menyinari di langit malam
No comments:
Post a Comment