Wednesday, November 12, 2014

Melodi ketenangan dan pengubat lara

Jiwaku pernah terpalit cinta
putusnya ibarat bercerai anggota tubuh
tidak mungkin dapat ku menyambungnya
hanya melodi sebagai penyembuh


ZAMREE- TUGU CINTA

Ingin niatku mengabadikan tugu cinta
malangnya cinta itu telah musnah
kerana ia bukan milik kita berdua

RAZIS ISMAIL-PENAWAR RINDU

Tidak lagi kau menjadi penawar rinduku


ZAITON SAMEON-MENARUH HARAPAN

Juga tidak lagu ku menaruh harapan padamu


AIDA AGIL-SEGALANYA PASTI

Apa yang pasti segalanya telah berakhir


FAIR-TERLANJUR MENYINTAIMU

Kerana asyik dibuai cinta,ku terlanjur menyintaimu walau hati
ini berkata kau mungkin bukan milikku


UMBRELLA-RAMALANKU BENAR BELAKA

Namun ramalanku benar belaka,kau berlalu meninggalkanku


OKAY-KU RELAKAN DIKAU PERGI

Terpaksa aku relakan kau pergi demi kebaikan bersama


DAMASUTRA-SUFI

Hanya padamu ya allah ku mencari ketenangan


IWAN-SEMUA ALLAH PUNYA

Ku mengerti semuanya adalah pinjaman dan bersifat sementara.
Kau telah mengajarku erti cinta dan pengorbanan.
ku relakan sekeping hati itu pergi,ku jadikan iktibar
dan ku menunggu sekeping lagi hati untuk ku memperbaiki kesilapan silamku
agar sekeping hati itu berstu jiwa denganku menjadi satu

TERIMA KASIH ALLAH

Sekeping hati yang terluka

Dalam waktu sedang terdetik,begitu laju rasanya meninggalkan masa lalu. Sesaat ketinggalan,tidak mungkin dapat mengulanginya. Hari ini kita melakar sejarah,masa lalu hanyalah tinggal kenangan,memori manis ataupun sejarah hitam.

Leluhur azazil begitu rakus menyambar keturunan adam,menakluki setiap hati yang asalnya putih suci bak sutera menjadi hitam seperti awan yang mulanya indah menghiasi dada langit berubah mendung. Mengawal kotak pemikiran,menguasai hati manusia yang lalai

Apakah yang paling tajam di dunia ini ? Adakah pedang samurai yang terlintas di benak fikiran. Atau pedang yang ditempa di bumi anbiya ? Sekalian yang mengetahui kisah imam al-ghazali pasti menidakkan tempaan logam tersebut. Mungkin tidak terlintas di ruang pemikiran sesuatu yang lembut dan tampaknya tumpul adalah yang paling tajam sekali. Hirisannya sungguh ajaib, meninggalkan kesakitan walaupun tiada luka

Jagalah lidah kerana ia mampu melukakan sekeping hati.

Marcapada Ini

Apakah masih ada esok,
Hanya yang esa mengetahui,
Liku kehidupan berbelok belok,
tidak tahu mana nak kutujui.

Apa yang sebenarnya kucari,
Dalam dunia yang sementara,
Aku ibarat hilang haluan diri,
Tidak tahu lagi kemana menghala

Mengapa masih tidak kujumpa,
Cahaya petunjuk dari Illahi,
Apakah aku masih sombong padanya,
Kerana apa yang ku cari tidak ku temui

Dalam dunia yang dikelilingi kapitalis ini,sekularisme ini,apakah aku dapat menyusun langkah ke hadapan,bergerak ibarat jarum jam,menunjukkan angka dari kecil hingga yang terbesar. Tetapi setiap permulaan ada akhirnya. Jarum jam berputar semula sehingga menunjukkan nilai yang terkecil.

Apakah aku menyedari yang masa itu pantas berlalu? Tidak kerana aku hanyut dengan permainan duniawi yang semakin rancak. Dunia semakin sengit. Manusia saling bersaing sesama mereka. Oh maafkan ku tuhan karena aku mendustakan nikmatmu. Bawalah daku ke jalan kebenaran

Jikalau esok daku masih bernyawa,
Berilah daku hidayah dan petunjuk,
agar aku kembali bertaqwa
sebelum masaku suntuk

Hidupku ibarat hanya seekor ikan di lautan,
Ini yang ku rasa tanpa rasa cinta sesama manusia padaku,
tetapi aku mudah lupa daratan,
kerana cinta aku lupa keluargaku

Seperti wujudnya adam dan hawa
ingin benar diriku mencari hawaku sendiri
mencarinya mungkin terasa begitu jauh bagaikan ke eutophia
tetapi mungkin terasa dekat dengannya jika itu ketentuanmu illahi

Inginku menggapai rama-rama
kerana cemburukannya terbang bebas
hidup ini bukan untuk selama-lamanya
hanya padamu kuharapkan belas

Dunia bagaikan diselubungi asap hitam
apabila si kapitalis penyembah syaitan beraksi
janganlah gelapkan hatiku seperti malam
kerana aku ingin mencari kebenaran yang hakiki

Untung terasa diri ini
dapat bernafas lagi seperti semalam
semoga aku mengerti
nikmatmu ibarat bulan menyinari di langit malam

Monday, March 14, 2011

BUKU PANDUAN DAN PERINCIAN ENJIN YAMAHA RXZ

Sape nak jadi mekanik dan belajar tentang cara pasang komponen motor,klik di sini untuk download.Nak buat web dan dapat income,klik kat iklan dalam website ni..Nak software komputer dan belajar hack,klik kat sini.TQ!